Rabu, November 21, 2012

don't know what happen

secara berterus terang, apa yang jadi sekarang beta tak tahu apa sebab dan akibatnya. ye benar, selagi beta tidak mendapat jawapan yang tepat dan benar selagi itulah beta akan berasa rungsing tatkala memikirkan masalah ini. kenapa ada orang mampu memandang sebelah mata hal ini walhal beta hampir setengah mati unutk memahaminya. sampailah satu masa apabila beta dilayan sebegitu 'rupa' oleh makhluk Allah swt tersebut. oh ! beta mendapat satu hidayah, dimana beta tahu sebaik-baik perangai manusia pasti ada keburukkannya. Beta mengakui bahawa beta pernah melakukan kesalahan kepada seseorang itu, megharapkan kemaafan yang ikhlas daripada seseorang itu. Alhamdulillah kemaafan itu beta diterima. tapi sayangnya, kemaafan itu datang dari bibir sahaja, bukan dari hati. setiap kali solat beta mendoakan supaya Allah swt menjernihkan semula hubungan persahabatan antara kami berdua. hanya Allah swt yang mampu membuat keputusan. jadi beta biarkan sahaja. Jika makhluk Allah swt itu ditakdirkan untuk menjadi sahabat beta untuk selamanya, tiada kata mustahil. Jika makhluk Allah swt itu ditakdirkan untuk tidak menjadi sahabat beta, Allah swt pasti akan memberi petunjuk kepada beta. sesungguhnya beta sayang kepada sahabat beta tersebut. sudah pasti sahabat beta tersebut tahu akan ini. namun, pintu hatinya sudah tertutup untuk memahami hati dan perasaan sahabatnya ini. tiada tawa, tiada kata semangat, tiada perbicaraan seperti dahulu kala. sudah pasti beta merindui kenangan-kenangan tersebut. beta hanya bergantung kepada Allah swt. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk beta.InsyaAllah. sekian, Assalammualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan