Rabu, November 21, 2012

result

Assalammualaikum. hai you'olssss. setelah seminggu result keluar akhirnya, beta mampu untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan result beta. alhamduillah syukur ke atas illahi kerana menganugerahkan beta segulung keputusan yang agak memberangsangkan. peningkatan demi peningkatan setiap sem. dari 3.24 ke 3.31 dan akhirnya pada sem ini beta mendapat 3.43. Jika ingin dibandingkan dengan sahabat-sahabat beta yang lain, ye sudah pasti result beta tidak sehebat mereka. tapi apakan daya, inilah result yang beta dapat hasil usaha beta yang agak merundum pada semester ini. jadi, beta sudah sebulat suara dengan hati dan mulut beta untuk menyalahkan diri beta sendiri. tatkala beta mengalami kesusahan untuk memahami subjek-subjek yang dipelajari, alhamdulillah teman-teman yang lain membantu. pensyarah tidak putus-putus mengajar, ibu bapa tidak berhenti mendoakan dan Allah swt tidak berhenti memberi kekuatan pada hambaNya yang lemah ini. Tiada kata lain yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu bapa, kawan-kawan dan pensyarah beta akan melakukan dengan bersungguh-sungguh lagi untuk sem-sem yang seterusnya. kepercayaan kepada diri sendiri adalah lebih penting daripada mengharapkan kepercayaan daripada orang lain :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan