Rabu, Mac 28, 2012

done with final exam!

assalamualaikum w.b.t :) 
firstly alhamdulillah selesai sudah final exam untuk sem 2 ni. pendapat aku? ada paper yang nak bagi aku mati dalam dewan periksa tu and ada juga soalan yang menaikkan nafsu aku untuk menjerit kegembiraan dalam dewan periksa. hahaha well itulah ragam time periksa kann. kanlahh~ so now, cuti 2 bulan. apakah yang perlu saya lakukan? adakah :-
  • bangun tidur setiap hari pukul 11 pagi?
  • kemas rumah yang tak bersepah?
  • study? -,-
  • merempit sana-sini?
  • bekerja?
  • jaga budak?
  • masak nasi setiap hari?
  • tidur sampai lebam?
okay taktahu nak buat apa! hahaha takpe. tunggu betul-betul bosan barulah aku cari idea nak buat apa time cuti 2 bulan. takkan nak mentelaah korea je kan? mampos kena marah dengan mak. okay lupakan sementara pasal itu.

nak ceritalah serba serbi pasai last day final exam hari tuh. last paper costing ( konon-konon dapat A lah kan keluar awal -,- ) no no no! bukan nak berlagak pandai okay. otak dah terlalu blank untuk memikirkan jawapan yang sesuai. kira-kira weh, boleh ke aku cari jawapan yang logik? haha :) 

lepas habis paper, kami girls generation bersiap-siap untuk keluar ke TS. TS jelah mana lagi nak pergi? aku tak reti nak pi Pavi ke Mid ke. aku budak keyy ellll yang tak tahu apa itu tempat-tempat hot. cehwaahhh! ahahahaha. pi TS main bowling, beli baju kemeja and beli hadiah untuk kakdayah :) as usual aku kalah main bowling. mas powerlah! walaupun skill enjut badan dia tu lain macam sikit. kau try lawan dengan dia. powerrrrrrrrrrrr! main 2 game. lepas macam bengongg plak mesin bowling tu. lama nak tunggu kot. yang mainnye 6 orang. tapi takpelah. satu sem sehari je boleh macam ni. kitaorang gerak pukul 2 macam tu. balik dekat nak pukul 9. cari baju beyla. ouh no! seriously sakit tumit kaki. walaupun! tak pakai kasut tinggi. macam orang tualah aku ni. haih -,-'

balik, rehat-rehat jap. mula-mula nak tidur bilik anna, tapi bilik dia penuh dengan bag. almaklumlah, orang dah nak pulang kerumah, cenggitu punya banyaklah bag kan. aku pun ubahlah fikiran tidur bilik beyla. sorry beyla! aku selalu kacau kau sebelum tidur and menyemak dalam bilik kau. aku lonely. bhahahahaha lonely taikkk kau! dalam 2 lebih tidur. pukul 10 kot bangun. kalau tak silaplah. then anna hantar mesej. ajak pi JJ. derrr! ramai kot pergi JJ hari ni. mana taknye, hari n membership day. tu dia. manusia berpusu-pusu. balik dalam pukul 3. then lepak lepak jap kat tingkat 7 and 9. balik bilik kemas sikit barang-barang. lepas maghrib je bawak barang-barang tudrun bawah. terima kasih kakak bilikku kerana sudi membawa barang-barangku turun ke bawah :)  

then pukul 9 macam abah and mak sampai. balik asing-asing sebab motor aku bawak hari tu. sampai rumah dalam pukul 9 lebih. kemas-kemas barang sikit. apalagi? onlinelah! kemudian terhasil cerita ni. okaylah nak tidur. salam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan