Jumaat, November 15, 2013

sem 5

assalamualaikum :)
lama dah tak update blog ni. so, hari ni free. alang2 dah beli tenenettt, kongsilah sikit cerita kat sini.

alhamdulillah sem5 tamat dengan jayanya. cehwahhh kau dengan jayanya gituu. syukur alhamdulillah sebab aku dapat unexpected result. finally i made my family to be proud of me. nak ceritalah moment2 time aku nak check result ni.


  1. time tu malam jumaat. that day memang aku risau gilalah pasal result ni. nak dijadikan cerita, malam tu mak dgn abah ajak pi makan roti canai. then, mak ajak aku. ini perbualan ibu dan anak. hahaha


   mak : kakak, jom abah ajak pergi makan roti canai
   aku  : taknak lah. ami takut malam satgi result nak keluar.
   mak : hang nak takut apa, kalau dah dapat keptusan, bukannya boleh ubah jadi 4flat.
   aku  : (muka nak nangis) habis kalau gagal macam mana? (tahan je enn)
   mak : laaaaa tu pergilah lagi layan kpop tu. ( see what happen, kesian kpop        dipersalahkan) hahahaha

so, after that abah yg keluar pi beli roti nan cheese. nak hilangkan takut, aku pergi rumah makcik, join adam and memey main play station.

      2. malam tu aku tidur agak awal. tak banyak sangat aktiviti. lepas maghrib baca yassin, then tunggu isyak lepas tu layan tv. dekat pukul 10 macam gituu aku dah masuk tidur. tapi bukannya dapat lelap pun. golek sana, golek sini sebab kepala otak aku duk fikir pasal result je. lagi2 investment dgn hr. dohhhh, cuak baiii kok baiiii. nak dijadikan cerita pulak pasal investment ni, bak mai sini nak story sikitlah pasal subjek ni. zasssss~

      investment ni sama jelah dgn qmt and finance, memang aku lemah. jangan ceritalah apa aku jawab time final hari tu. frust jugaklah bila kluar dari exam hall tu. tapi acah2 cool. nak tengok gabra dia time result nak keluarlahkan, haaa mencanak kau tak boleh tidur. hahaha. aku takut gila kalau2 kena repeat subjek ni. ada one day, aku dgn ka'a kemas rumah nak jual buku2 yg dah tak guna. seriously, smua buku aku jual KECUALI, kecuali yeee buku investment je aku tak buang. nampak tak betapa tak confidentnya aku dgn subjek ni. hahha tapi alhamdulillah, lulus :)

       3. seterusnya, dah lepas golek2 tu dapatlah aku tidur dalam stengah gitu. lepas mas whatsapp aku tanya amacam result. aku intai jugak dekat fb dgn twitter. uu ramai jugak yg dah check. omey pun dah buat ucapan. so dari segi ucapan tu aku boleh agaklah result omey daebak. tapi memang daebak pun! tahniah omey :) time makin gabra, aku pun capai tab mak nak check result through email. dah log in apa semua, tadaaaa aku nampak email dari uitm. berderauu gila! nervous tahap antarabangsa cerita kat lu. sambil pejam aku click email tu. aku intai sikit2, at last dia kata aku tak completekan i apa tah i soru i sehuu kebondo tah. aku call ka'a. tanya asal tak boleh tengok result. aku nak buat apa2 guna tab mak pun tak bolehkan, bukannya boleh fully support. aku pun bagilah email, pass and id,uitm. papehal nanti aku rojer ka'a balik. tunggu punya tunggu. dah tak sanggup dah nak menanggung derita. aku pun call ka'a. then ka'a bagitahulah result aku semua. errrr first time lah aku nangis lepas tengok result. puiiii cengeng betuiii. then, ka'a hantar result akunthrough whatsappp. macam tak percaya je. berapa lama tah aku tenung result aku tu. but alhamdulillah, syukur sangat, dengan apa yg dah jadi sem 5 ni, aku rasa ini pengubat segala cabaran yg aku lalui.

terima kasih sangat2 to my family, friends and lecturer yg give support for sem 5 ni. aku harap untuk sem 6 yg bakal mula dalam beberapa hari lagi ni, aku and geng2 gg and budak sem 6 yg lain akan buat yg lebih baik untuk sem yg terakhir ni. insyaAllah dapat result yg lebih baik daripada sem ni. amin ~ ♥

so sampai sini jelah. selamat berjaya, stay strong, keep doing a good things, dont hate, keep love, believe yourself, remind Allah and insyaAllah your life will always beautiful. assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan