Rabu, Mei 21, 2014

End Of Diploma

Assalamualaikum. Haii. Dah lama tak update blog nii. Almaklumlah sebelum ni busy dengan sem akhir. BUSY sangatkan haha. Okay. Alhamdulillah Aku dah habis Diploma. InsyaAllah hujung tahun nanti dah boleh konvo. Hihi. Syukur nikmat bila dah settle Diploma ni even though for last sem tak dapat dekan but still yeah your result depends on your own effort. So I deserve for it. Since zaman Diploma ni dah tamat, Aku nak recall baliklah semua kenangan dari sem 1 sampailah sem 6. Benda dah jadi kenangan kita tak boleh nak undur masa kann sebab benda tu hanya dapat dikenang. hihi. So lets start with the memories :)

Semester 1
Okay. sebelum start dengan cerita sem 1 ni, Aku nak ceritalah macam mana aku boleh belajar dekat IPB nii. Nak market sikitlah hahaha. Okay. Pada perawalannya Aku sebenarnya dapat tawaran masuk Politeknik yg dekat Kulim, Kedah tu. You know what, Aku dah siap hantar segala borang salinan. Dah siap pos. Sebelum dapat tawaran Poli, on the last day sebelum tarikh tutup kemasukkan pelajar baru IPB, kawan ka'a yg belajar kat IPB tu suggest aku belajar kat IPB. Nak dijadikan cerita lepas je Aku balik dari pejabat pos untuk pos borang2 poli tuu, Aku pi check dekat peti surat then tengok ada surat tawaran daripada IPB, so apa lagi dah tak fikir pasal poli dah. Terus Aku isi borang IPB tuu. Dekatkan hihi

Now lets start with semester 1. Bila lepas daftar je Aku terus pi tengok bilik. P727. Masa sem 1, time daftar tu Aku kenal shuhada je. Yelah abah Aku jadi guarantee dia masa nak buat buku bank CIMB. Okay then bila masuk bilik Aku tengok katil bawah satu je kena chop. Aku pun pilihlah katil bawah. Then dah lepas tengok Aku balik rumah.
Hari minggu Aku datang balik hostel. Aku org first sampai. Diam je Aku baring atas katil. Then, Beyla pulak sampai. Muka innocent gila dengan tudung bawal cream dia kann. Lepas tu kakza pulak sampai. Mulamula tengok macam kerek taww. At last okay je since dia paling tua antara yg lain. Senyap je bilik sampailah si Ana sampai. Kemain bising mulut dia. Tukar tukar nombor bagai lepas Ana ada hahaa lawaklah jugak. Then bila masuk kelas DBS 1B barulah aku kenal dengan onyet2 yg lain. Mas, Kpop, Omey, Salma and Sai. Muka salma mmg sombong. Pehh. hahaha but then bila dah kenal2 semua org pun okay je. Sem 1 Aku join karnival sukan. Main futsal baii. Lepas tu ada akak senior ajak join team IPB, so bangga sikit. Pandai jugak aku main futsal rupanya. hahaha. Sem 1 habis dengan jayanya walaupun tak dekan :p

SEMESTER 2
Semester 2 bermula dengan tidak baiknya sebab geng2 Aku ada masalah dengan hostel. Almaklumlah. Merit banyak sangat. Haha. Ana, Mas, Sai okaylah merit dorg banyak. Aku ni haaa 4 je merit. Disebabkan tu kitaorg berasingan bilik. Aku dgn kakak2 senior. Kpop dgn Salma satu bilik. Omey dgn Beyla satu bilik. Tapi tak rasa sunyi sangat pun sebab Aku bukan selalu melekat kat bilik sendiri. Merayau pi bilik org lain. Nasib baiklah salma dgn kpop satu level dgn Aku hahaha. Untuk sem2 ni Aku satu kelas dgn Mas, Ana, Omey, Kpop dgn Salma. Beyla dgn sai kelas lain tapi bila time kelas CTU ke MKT ke sama je bergabung kelas. You know what the line up never change sampailah ke sem 6. As usual lah, no dekan for semester 2. Main main je tahu, apa nak dekannya. Hihi :)

SEMESTER 3
Semester 3 ni sedih sikit. Sebab pada awalnya Aku dengan Beyla tak dapat hostel. Yelah. sebab stay KL. Lol. Tapi bila buat rayuan Alhandulillah dapat jugak stay hostel. Yang kesiannya dapat bilik dekat level 1. Pehhh tahi kucing dengan kucing sama je banyak. hahaa. Kesian kat beyla. Dia dahlah takut kucing. Aku ingat lagi Beyla nak tergelincir depan tandas sebab terkejut dengan kucing. hahaha aduii Aku ni pun dua kali lima takut kucing tapi beyla lagi advance lah. hihi sorey beyla. Untuk sem 3 Ana dgn salma satu bilik. Omey, Kpop, Mas dgn Sai satu bilik. Sem 3 nii best sikit. yelaaa dapat menari nari and menyanyi untuk subjek arab. walaupun arab Aku ke lauttt. hahaha tapi bestlah. Oh yaaa thanx for Beyla for this sem. Layan karenah Aku sampai tersakit hati dia. Maaf Beyla. Haha walaupun tak baca kan blog ni. But still yaaa. Sem 3 ni still takde rezeki nak dapar dekan but the happy moment is 4 out of 8 dapat dekan. Happy gila time tu even though tak dapat dekan enn. Mas, Omey, Beyla and Kpop time tu dapat dekan. Tahniah you olsss walaupun dah berlalu zaman tu :)

SEMESTER 4
Semester 4 bermula dengan jayanya bila lapan lapan dapat stay hostel. Dah sem 3 pulun kutip meritkan haha. Aku sebilik dgn Ana, Salma and Beyla. Dapat bilik time sem 1 dulu mmg happylah cerita dia. Then yg lagi 4 org dapat sebilik dekat tingkat 8. setingkat je beza dia. Selalu aje singgah menyinggah. Sem 4 ni critical sikit sebab ada subjek LAW! cuak siott. haha ini kelakar. Time final paper Law, Beyla dgn Salma nangis sebelum masuk exam hall. sebab takut. adehhh but still dorg perform yg terbaik untuk paper ni. Alhamdulillah lapan2 ni lulus. Time ni mas aje yg yg dapat dekan diantara kami berlapan. sokaylah. At least ada wakil. hihi. at the end of semester 4 ni Aku join SUKOB  untuk acara Futsal. walaypun tak menang, dapat score kan pun dah cukup seronok. Dapat pulak merasa pi UITM Jengka, Pahang. Bukan selalu boleh join kannn. rezeki :)

SEMESTER 5
Untuk semester 5 ni dapat lagi peluang stay dekat hoatel satu bilik dengan roomates lama. Kali ni dekat level 5. yang lagi 4 org pulak dekat level 6. berhadapan pulak tu. Lagi riuhlah cerita dia. Tapi yg tak bestnya ada jiran junior yg tak menyenangkan. Walaupun Aku selalu balik rumah. Aku pun rasa kurang selesa dengan jiran aku tuu. Kesian dekat depa kena layan karenah budak2 junior tu. walaupun kadang2 macam kelakar tengok depa main ejek2 dengan budak2 tuu. hahaha. But still this sem give a lot of pressure. Dengan subjek2 nyaaa, hal ehwal dalam negeri. Aku buat perangailah kot sem ni. Minta maaf Ana, Salma dan Beyla. Since I had made some mistakes, but still I learnt some positive things from you olss. hihi never hate, never mad and always love yaa. Alhamdulillah rezeki sem 5 dapatlah jugak dekan. At least once. Hihi tahniah dekat mas and mey jugak :)

SEMESTER 6
okayy. Ni semester akhir and guess what aku ulang alik dari rumah ke IPB. I didnt stay at rumah sewa with them. That was my big dilema lah senang cerita. Rasa bersalah sebab yaa i should spent my last semester with them kan sebenarnya tapi tulah takde rqezeki nak duduk sebumbung dengan dorg. But yaaa selalu aje lepak rumah dorg. Even there are some negative things happen but I dont think it was the reason to me for us to be part away. I was too busy with all the assigments for this sem dgn ENT, IB lagiii paling critical IB lah. sama je lah level dia dgn subjek economy. stress. andd alhamdulillah berkat sabar dan usaha akhirnya Aku tamatkan diploma dengan keputusan yg memuaskan walaupun tak dekan. I am happy for my self and untuk yg lain even ada yg tersangkut but Aku doakan semuanya baik2 je so that kita dapat konvo sama sama.

Thank you for GG sebab bagi Aku kenangan yg cukup indah. I am  very happy sebab dapat kenal you olss. Keep changing me to be a better woman. Alhamdulillah and syukur Allah swt temukan Aku dgn dorang. Allah swt bagi ujian dalam persahabtan kita and I know there is  a hikmah. Aku harap sekali kita kenal, sampai ke akhirat kelak kita akan sentiasa kenal. tak lupa jugak untuk classmates and lecturers. I created a lot of menories with you guys. Especially for those yg support Aku. My Family, My Ballons and My GG. I love you guys. Thats all. sekian. Assalamualaikum :D

1 ulasan: